Photobucket


PEMBERITAHUAN!!!

Sebelum datang menempah, sila pastikan anda

SMS/WHATSAPP KE 018-298 4685 for FAST RESPOND!

Follow IG jahitan_fiza untuk melihat hasil jahitan dantestimoni pelanggan

Jika nak datang rumah hendaklah telefon dahulu di khuatiri tiada di rumah. Di galakkan menempah sekurang-kurangnya seawal 1 bulan sebelum tarikh mengambil.

Elakkan tempahan di saat-saat akhir ataupun pada kadar segera. Sebarang tempahan urgent/emergency/rushing/nak cepat tidak akan dipertimbangkan, harap maklum… (^^)



Tutorial Menjahit Baju Kelawar @ Kaftan Asas

Kaftan merupakan baju seperti jubah yang mempunyai tangan terus hingga ke kaki di panggil baju layang atau lebih dilenali sebagai baju kelawar. Ia selalunya dibuat daripada fabrik kapas atau sutera. Sebelum ini di Malaysia kaftan hanya di pakai sebagai baju tidur atau baju di rumah kerana ia selesa dan sesuai dengan iklim negara ini. 

Siapa sangka dengan peralihan zaman telah merubah perspektif kita terhadap fesyen kaftan iaitu dari kamar tidur sahaja dahulunya ke alam penuh glamer dengan pelbagai rekaan dan pilihan di pasaran kini. Di sini ada tutorial bagaimana mudahnya menjahit baju kaftan yang simple tapi menarik untuk anda gayakan :)

Bahan dan peralatan yang di perlukan:

    
* 2-3 meter kain (kapas atau satin adalah pilihan yang baik)
    
* Pita pengukur
    
* Gunting
    
* Pin peniti
    
* Mesin jahit
   

Apa yang perlu anda lakukan adalah:

   
1. Pilih fabrik yang ada di antara 45 - 60 inci lebar (jika anda adalah kecil molek, 30 - 40 inci).
Ukur panjang dari lengan ke lengan. (nak jahit kaftan/abaya tak perlu fikir nak potong di bahagian bahu/ketiak).  

   2. Lipat panjang fabrik pada separuh dan meletakkan di atas permukaan yang keras untuk meratakan sebarang kedutan pada kain.

   
3.
Mengukur luas untuk leher. Mengukur leher (kolar) dan perlu di ingat bahawa kepala anda perlu sesuai melalui lubang leher), dan pastikan jenis kolar leher yang anda mahu (berbentuk leher V, leher bulat, leher baju kurung, leher sampan dan sebagainya)

    4. Ukur labuh yang anda mahu iaitu dari bahu hingga ke paras kaki (buku lali), kemudian tambahkan lebih kurang  2 inci untuk jahitan tepi/basi.
  

POLA KAFTAN ASAS YANG RINGKAS 


Di bawah ini ada video tutorial bagaimana untuk menjahit sehelai kaftan yang sopan dan vouge.



Beberapa contoh pola kaftan yang simple tapi elegan.




 

3 ulasan:

Mdm Samm berkata...

your tutorial was excellent thank you ....

Unknown berkata...

Sangat membantu

sitizubaidah basrah berkata...

Sangat mudah di fahami. Terima kasih banyak2 😘

Photobucket Photobucket
WIRID UTK MENDAPAT KEKAYAAN Subhanallah 33x alhamdulillah 33x allahuakbar 33x la ila ha illallah 1x baca selepas solat lima waktu,insyaallah berjaya.
Petua Murah Rezeki "Ya Allah cukupkanlah aku dengan perkara yg halal daripada yg haram dan kayakanlah aku dengan anugerahMu drpd meminta2 kpd selainMu" * Istighfar * Solat sunat taubat * Zikir Ya Wahhab 300x (60 x 5 slps solat) * Surah al-Waqi'ah setiap mlm * Solat sunat Dhuha * Selawat 3x setiap kali melalui pintu (rumah, kenderaan, ofis) * Semasa dlm perjalanan baca Subhannallah & Lailahailla anta 41x then psg niat bahawa aku akn dpt rezeki pd hari ni * Bismillah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...