Photobucket


PEMBERITAHUAN!!!

Sebelum datang menempah, sila pastikan anda

SMS/WHATSAPP/WECHAT KE 012-642 3587 for the FAST RESPOND!

PM, EMEL ke jahitanfiza@gmail.com

Jika nak datang rumah hendaklah telefon dahulu di khuatiri tiada di rumah. Di galakkan menempah sekurang-kurangnya seawal 1 bulan sebelum tarikh mengambil.

Elakkan tempahan di saat-saat akhir ataupun pada kadar segera. Sebarang tempahan urgent/emergency/rushing/nak cepat tidak akan dipertimbangkan, harap maklum… (^^)

SENARAI BAJU DAN HARGA TEMPAHAN:

1- Baju Kurung Biasa (Lapik leher lembut): RM40

2- Baju Kurung Biasa Jahit Tindih Kasih: RM50

(jahit tindan diluar baju dan susunan kipas kain untuk menampakkan kekemasan)

3- Baju Kurung Riau | Kurung Pahang | Pesak Gantung: RM45

4- Baju Kurung SUTERA: RM50

5- Baju Jubah | Maxi Dress: RM55

6- Baju Kurung Biasa Berpiping: RM50

7- Baju Kurung Riau | Kurung Pahang | Pesak Gantung Berpiping: RM55

8- Baju Kurung Moden | Kurung Moden Peplum (tanpa kain): RM35

9- Baju Kebaya | Baju Kurung Moden : RM65

10- Baju Kurung Moden Peplum: RM70

11- Baju Blouse Perempuan (Mengikut Fesyen): RM35

13- Seluar Palazo | Skirt Labuh: RM30

14- Kain kipas belakang | Kain susun tepi | Kain Selisih Belah | Kain Tempah Depan | Kain Duyung | Kain Flowy: RM30


SENARAI HARGA BAJU BERLINING (2 KALI HARGA TEMPAHAN):

1. Baju Kurung Biasa:

(Lining penuh baju + kain) - Harga: RM80

(Lining baju sahaja) - Harga: RM65

2. Kurung Pahang | Kurung Riau | Pesak Gantung:

(Lining penuh baju + kain) - Harga: RM90

(Lining baju sahaja) - Harga: RM75

3. Baju Kebaya | Kurung Moden | Peplum:

(Lining penuh baju + kain) - Harga: RM130

(Lining baju sahaja) - Harga: RM95


CANTIKNYA KAFTAN @ BAJU KELAWAR

Kaftan atau nama glemernya Baju Kelawar. Kaftan @ baju kelawar merupakan gaun yang labuh sehingga ke paras buku lali, longgar, berlengan panjang dan ada juga lengan hingga paras siku sahaja. Biasanya sering di pakai oleh makcik² di kampung dan ibu² yang sedang mengandung. Secara umumnya, baju kelawar sesuai untuk tidur dan juga ibu² yang lepas bersalin. Katanya selesa dan tak panas. Memang pun sebab ciri² baju ni longgar dan rasa berangin aje, tapi itu jenis baju kelawar yang ada corak-corak batik dan harga pun tak mahal, boleh didapati di pasar² malam.

Tapi kekurangan baju kaftan ni kekadang boleh nampak aurat yang sepatutnya perlu di tutup dan kemungkinan ramai yang akan berkata, biarlah.... kan dia pakai baju? Betul tu, tapi baju kelawar sebenarnya baju untuk bersantai-santai di rumah, untuk tidur, patutkah, atau sesuaikah di pakai untuk keluar membeli belah? Kalau semua perasan, bahagian lengan baju kelawar itu sedikit besar, jadi kalau angkat tangan, apa yang anda nampak? Kena beringat tentang itu ok :)

Sekarang ni kalau diperhatikan musim fesyen Kaftan, berbagai patern dan design yang cantik dan memukau banyak digayakan oleh selebriti terkenal tanahair seperti SITI NURHALIZA dan LISA SURIHANI. Memula dulu tak berkenan tapi lama² tengok nampak menarik jugak, tapi kalau si pemakainya berbadan langsing memanglah nampak manis di pandang. Kalau badan chubby macam akak makin nampak rendahlah gamaknya... hehe. Tapi, sekarang kaftan sudah dikomersialkan secara eksklusif. Terdiri dengan berbagai rekaan dengan tambahan kilauan batu² dan sequin serta sulaman manik terkini. Sentuhan moden membuatnya kaftan selalu cantik di pandang. Kalau ikut perkiraan akak lah, kaftan ni sebenarnya sangat cantik dan sesuai di pakai untuk berjalan dan bersiar-siar sekali pun tetapi jika pandai menggayakan kita yang melihatnya akan teruja dan terpesona.

Jom cuci mata lihat contoh² beberapa baju kaftan labuh dan paras punggung dibawah ini. Baju² kaftan ini mempunyai potongan yang simple di bahagian leher (kolar). Pada sesiapa yang ingin menempah baju kaftan boleh lah menempah dengan akak ya. Jika hendak patern kolar lain pun boleh juga. Untuk menjahit kaftan memerlukan kain sebanyak 2 hingga 2.5 meter dan bidang kain 60 inci bergantung pada ketinggian seseorang.

Untuk info lanjut tentang pemakaian kaftan boleh lihat artikel ini  "Anggun langsing menggoda"















1 ulasan:

ideal ads and supply berkata...

Jika nak tempah bagaimana dgn katalog nye ?

Photobucket Photobucket
WIRID UTK MENDAPAT KEKAYAAN Subhanallah 33x alhamdulillah 33x allahuakbar 33x la ila ha illallah 1x baca selepas solat lima waktu,insyaallah berjaya.
Petua Murah Rezeki "Ya Allah cukupkanlah aku dengan perkara yg halal daripada yg haram dan kayakanlah aku dengan anugerahMu drpd meminta2 kpd selainMu" * Istighfar * Solat sunat taubat * Zikir Ya Wahhab 300x (60 x 5 slps solat) * Surah al-Waqi'ah setiap mlm * Solat sunat Dhuha * Selawat 3x setiap kali melalui pintu (rumah, kenderaan, ofis) * Semasa dlm perjalanan baca Subhannallah & Lailahailla anta 41x then psg niat bahawa aku akn dpt rezeki pd hari ni * Bismillah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...