Photobucket


PEMBERITAHUAN!!!

Sebelum datang menempah, sila pastikan anda

SMS/WHATSAPP/WECHAT KE 012-642 3587 for the FAST RESPOND!

PM, EMEL ke jahitanfiza@gmail.com

Jika nak datang rumah hendaklah telefon dahulu di khuatiri tiada di rumah. Di galakkan menempah sekurang-kurangnya seawal 1 bulan sebelum tarikh mengambil.

Elakkan tempahan di saat-saat akhir ataupun pada kadar segera. Sebarang tempahan urgent/emergency/rushing/nak cepat tidak akan dipertimbangkan, harap maklum… (^^)

SENARAI BAJU DAN HARGA TEMPAHAN:

1- Baju Kurung Biasa (Lapik leher lembut): RM40

2- Baju Kurung Biasa Jahit Tindih Kasih: RM50

(jahit tindan diluar baju dan susunan kipas kain untuk menampakkan kekemasan)

3- Baju Kurung Riau | Kurung Pahang | Pesak Gantung: RM45

4- Baju Kurung SUTERA: RM50

5- Baju Jubah | Maxi Dress: RM55

6- Baju Kurung Biasa Berpiping: RM50

7- Baju Kurung Riau | Kurung Pahang | Pesak Gantung Berpiping: RM55

8- Baju Kurung Moden | Kurung Moden Peplum (tanpa kain): RM35

9- Baju Kebaya | Baju Kurung Moden : RM65

10- Baju Kurung Moden Peplum: RM70

11- Baju Blouse Perempuan (Mengikut Fesyen): RM35

13- Seluar Palazo | Skirt Labuh: RM30

14- Kain kipas belakang | Kain susun tepi | Kain Selisih Belah | Kain Tempah Depan | Kain Duyung | Kain Flowy: RM30


SENARAI HARGA BAJU BERLINING (2 KALI HARGA TEMPAHAN):

1. Baju Kurung Biasa:

(Lining penuh baju + kain) - Harga: RM80

(Lining baju sahaja) - Harga: RM65

2. Kurung Pahang | Kurung Riau | Pesak Gantung:

(Lining penuh baju + kain) - Harga: RM90

(Lining baju sahaja) - Harga: RM75

3. Baju Kebaya | Kurung Moden | Peplum:

(Lining penuh baju + kain) - Harga: RM130

(Lining baju sahaja) - Harga: RM95


Baju Kebarung gabungan kebaya dan kurung


Jika diperhatikan, fesyen baju masa kini kadang-kadang berputar kembali dengan rekaan bentuk pakaian yang lama dengan sedikit pengubahsuaian dibuat mengikut cita rasa terkini. Lihat sahaja bentuk baju kebarung, iaitu  gabungan singkatan perkataan baju kebaya dan baju kurung. Pada sesiapa yang belum kenal baju kebarung,  bentuk baju kebarung seperti bahagian hadapan baju kebaya kelepet serta mempunyai pesak dan kekek.

Baju kebarung sangat sesuai untuk wanita dan juga kanak-kanak perempuan kerana berpotongan longgar dan labuh malah bukan sahaja memberi keselesaan, bahkan memperlihatkan gaya sopan dan anggun si pemakai. Labuh baju kebarung, biasanya di bawah sedikit paras lutut dan sesuai dipakai sama ada mereka yang berbadan kurus mahupun gempal. Kain yang sesuai untuk baju kebarung ini adalah kain lipat batik atau lebih di kenali sebagai kain selisih. Pendek kata baju kebarung ni evergreen, everlasting. Kalau tak percaya cuba baca coretan pelakon ZAHIRIL ADZIM PELAKON JUVANA tentang betapa comelnya gadis berbaju kebarung.

Jika anda teringin memakai baju kebarung untuk ke ofis mahupun pergi menghadiri sebarang majlis, bolehlah menempah terus dengan akak.










1 ulasan:

aida berkata...

saya suke..baju kebarung...selesa dan xketat..pakai pn xrase segan

Photobucket Photobucket
WIRID UTK MENDAPAT KEKAYAAN Subhanallah 33x alhamdulillah 33x allahuakbar 33x la ila ha illallah 1x baca selepas solat lima waktu,insyaallah berjaya.
Petua Murah Rezeki "Ya Allah cukupkanlah aku dengan perkara yg halal daripada yg haram dan kayakanlah aku dengan anugerahMu drpd meminta2 kpd selainMu" * Istighfar * Solat sunat taubat * Zikir Ya Wahhab 300x (60 x 5 slps solat) * Surah al-Waqi'ah setiap mlm * Solat sunat Dhuha * Selawat 3x setiap kali melalui pintu (rumah, kenderaan, ofis) * Semasa dlm perjalanan baca Subhannallah & Lailahailla anta 41x then psg niat bahawa aku akn dpt rezeki pd hari ni * Bismillah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...