Photobucket


PEMBERITAHUAN!!!

Sebelum datang menempah, sila pastikan anda

SMS/WHATSAPP KE 018-298 4685 for FAST RESPOND!

Follow IG jahitan_fiza untuk melihat hasil jahitan dantestimoni pelanggan

Jika nak datang rumah hendaklah telefon dahulu di khuatiri tiada di rumah. Di galakkan menempah sekurang-kurangnya seawal 1 bulan sebelum tarikh mengambil.

Elakkan tempahan di saat-saat akhir ataupun pada kadar segera. Sebarang tempahan urgent/emergency/rushing/nak cepat tidak akan dipertimbangkan, harap maklum… (^^)



Baju Kurung Berkait




Kali ni saya nak kongsi Baju kurung ala retro iaitu baju kurung berkait (crochet). Pada awal 90an baju kurung jenis berkait ini amat popular sekali. Baju kurung berkait yang ditempah secara online oleh Anis Sofia Ahmad, sengaja saya update di blog untuk tatapan generasi kini. Mungkin ramai yang tidak sedar sebenarnya baju ini amat mencabar untuk dikait kerana ia makan masa selama bebarapa hari untuk menyudahkannya kerana kainnya dari jenis cotton. Kalau jenis lembut mudah sikit untuk mengaitnya.

Maknanya untuk menyempurnakan sepasang baju kurung kait ini, saya perlu mencantumkan kekek, pesak, lengan baju hingga bahagian badan semuanya dikait. Untuk kemasan terakhir dileher baju kurung tersebut, saya mengait menggunakan benang jahit biasa yang di *double* dua. Bagi mencantikkan lagi saya mengait edging di bahagian bawah lengan baju dan bahagian bawah baju.

Baju yang saya kait ini 100% di buat secara handmade dengan menggunakan jarum kait jenis Tulip bersaiz 0.6mm atau no. 12, hujung jarum ini halus dan senang untuk menembusi sebarang jenis fabrik. Benangnya pula saya menggunakan benang kait jenis Minlon. Pada saya, saya lebih suka mengait menggunakan benang kait jenis Poly, tetapi kekurangan benang kait ini ianya cepat berbulu sedikit.

Untuk kainnya pula, sudah tentulah dijahit dengan mesin. Potongan kain susun(kipas) tepi yang di jahit tindih kasih supaya mudah si pemakai menggosoknya. Maklum sajalah untuk menggosok susunan kipas tu agak leceh sikitkan.

Adakah anda berminat dengan baju kurung kait seperti ini???? Jika berminat bolehlah menempah dengan saya ya :)



Photobucket Photobucket
WIRID UTK MENDAPAT KEKAYAAN Subhanallah 33x alhamdulillah 33x allahuakbar 33x la ila ha illallah 1x baca selepas solat lima waktu,insyaallah berjaya.
Petua Murah Rezeki "Ya Allah cukupkanlah aku dengan perkara yg halal daripada yg haram dan kayakanlah aku dengan anugerahMu drpd meminta2 kpd selainMu" * Istighfar * Solat sunat taubat * Zikir Ya Wahhab 300x (60 x 5 slps solat) * Surah al-Waqi'ah setiap mlm * Solat sunat Dhuha * Selawat 3x setiap kali melalui pintu (rumah, kenderaan, ofis) * Semasa dlm perjalanan baca Subhannallah & Lailahailla anta 41x then psg niat bahawa aku akn dpt rezeki pd hari ni * Bismillah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...