Photobucket


PEMBERITAHUAN!!!

Sebelum datang menempah, sila pastikan anda

SMS/WHATSAPP KE 018-298 4685 for FAST RESPOND!

Follow IG jahitan_fiza untuk melihat hasil jahitan dantestimoni pelanggan

Jika nak datang rumah hendaklah telefon dahulu di khuatiri tiada di rumah. Di galakkan menempah sekurang-kurangnya seawal 1 bulan sebelum tarikh mengambil.

Elakkan tempahan di saat-saat akhir ataupun pada kadar segera. Sebarang tempahan urgent/emergency/rushing/nak cepat tidak akan dipertimbangkan, harap maklum… (^^)



Penjagaan Baju Manik dan Kristal


Secara umum pakaian yang cantik, untuk menjaga pun agak leceh dan cerewet sedikit. Contohnya kalau anda mempunyai kain yang mahal seperti sutera, chiffon, broked mahupun satin. Ia memerlukan penjagaan yang rapi. Maklum saja kos upah jahitan pun sekarang agak mahal mahal. Begitulah jua dengan baju yang disulam dengan manik dan berbatu kristal. Jikalau upah tempahan mahal, hendak menjahit pun susah, cara menjaga pun susah jugalah :).

Biasanya harga jahit baju nikah atau tunang ini sebenarnya dua kali ganda dari baju biasa sebab perlu lining andai material dari jenis lace mahupun chiffon, tailor perlu buat dua keje sekaligus, sebab kesusahan hendak menjahit kain lace yang bermacam-macam jenis. Jika jenis kain lace simple agak mudah, tetapi kalau yang bermanik-manik, berlabuci(sequins) dan berbatu kristal, tugas tailor jadi complicated untuk mengunting dan menjahit kerana harus teliti serta berhati-hati. Memang tidak dinafikan susah benar hendak menjaga baju yang bermanik dan berkristal. Perlukan kesabaran dan ketelitian.

Kristal mahupun manik merupakan aksesori yang sangat cantik jika dipadankan di fabrik pakaian. Selain daripada memeriahkan fesyen fabrik tersebut, kristal dan manik juga mampu memberikan keyakinan kepada si pemakai. Namun, jika pemakai tidak mengetahui kaedah menjaga material fabrik yang berkristal atau bersulam manik, ia mungkin akan menyebabkan hasil kristal dan manik di fabrik tersebut akan pudar di telan zaman.


Jadi, pada kali ini, mari kita ketahui kaedah dan tips penjagaan kristal dan manik anda.

1. Jika anda seorang yang memakai minyak wangi, pastikan semburan minyak wangi tersebut tidak dilakukan secara direct atau terus ke material kristal dan manik. Kerana sifat minyak wangi yang beralkohol mampu mengikis lapisan luar permukaan manik dan kristal anda. Lama kelamaan, bukan sahaja kristal dan manik anda akan pudar, tetapi ia turut merosakkan jahitan sulaman yang telah dilakukan.

2. Jangan merendam terlalu lama pakaian berkristal atau bermanik. Apatah lagi jika anda merendamnya dengan menggunakan sabun dan peluntur. Pastikan pakaian bermanik dan berkristal tidak direndam semalaman, sebaliknya, anda harus terus mencuci dan membilas pakaian tersebut.

3. Jika anda ingin menggosok pakaian bermanik dan berkristal, pastikan anda menggosok pakaian terebut secara terbalik. Ini kerana muncung seterika yang tajam, adakalanya boleh merosakkan jahitan manik dan kristal di fabrik anda. Cara yang terbaik, jika anda mempunyai seterika berwap, gunakannya untuk menggosok pakaian tersebut.





1 ulasan:

Keladi Tikus berkata...

Nak cari biji manik murah ada jual disini http://www.facebook.com/photo.php?fbid=181561485316955

Photobucket Photobucket
WIRID UTK MENDAPAT KEKAYAAN Subhanallah 33x alhamdulillah 33x allahuakbar 33x la ila ha illallah 1x baca selepas solat lima waktu,insyaallah berjaya.
Petua Murah Rezeki "Ya Allah cukupkanlah aku dengan perkara yg halal daripada yg haram dan kayakanlah aku dengan anugerahMu drpd meminta2 kpd selainMu" * Istighfar * Solat sunat taubat * Zikir Ya Wahhab 300x (60 x 5 slps solat) * Surah al-Waqi'ah setiap mlm * Solat sunat Dhuha * Selawat 3x setiap kali melalui pintu (rumah, kenderaan, ofis) * Semasa dlm perjalanan baca Subhannallah & Lailahailla anta 41x then psg niat bahawa aku akn dpt rezeki pd hari ni * Bismillah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...