Photobucket


PEMBERITAHUAN!!!

Sebelum datang menempah, sila pastikan anda

SMS/WHATSAPP/WECHAT KE 012-642 3587 for the FAST RESPOND!

PM, EMEL ke jahitanfiza@gmail.com

Jika nak datang rumah hendaklah telefon dahulu di khuatiri tiada di rumah. Di galakkan menempah sekurang-kurangnya seawal 1 bulan sebelum tarikh mengambil.

Elakkan tempahan di saat-saat akhir ataupun pada kadar segera. Sebarang tempahan urgent/emergency/rushing/nak cepat tidak akan dipertimbangkan, harap maklum… (^^)

SENARAI BAJU DAN HARGA TEMPAHAN:

1- Baju Kurung Biasa (Lapik leher lembut): RM40

2- Baju Kurung Biasa Jahit Tindih Kasih: RM50

(jahit tindan diluar baju dan susunan kipas kain untuk menampakkan kekemasan)

3- Baju Kurung Riau | Kurung Pahang | Pesak Gantung: RM45

4- Baju Kurung SUTERA: RM50

5- Baju Jubah | Maxi Dress: RM55

6- Baju Kurung Biasa Berpiping: RM50

7- Baju Kurung Riau | Kurung Pahang | Pesak Gantung Berpiping: RM55

8- Baju Kurung Moden | Kurung Moden Peplum (tanpa kain): RM35

9- Baju Kebaya | Baju Kurung Moden : RM65

10- Baju Kurung Moden Peplum: RM70

11- Baju Blouse Perempuan (Mengikut Fesyen): RM35

13- Seluar Palazo | Skirt Labuh: RM30

14- Kain kipas belakang | Kain susun tepi | Kain Selisih Belah | Kain Tempah Depan | Kain Duyung | Kain Flowy: RM30


SENARAI HARGA BAJU BERLINING (2 KALI HARGA TEMPAHAN):

1. Baju Kurung Biasa:

(Lining penuh baju + kain) - Harga: RM80

(Lining baju sahaja) - Harga: RM65

2. Kurung Pahang | Kurung Riau | Pesak Gantung:

(Lining penuh baju + kain) - Harga: RM90

(Lining baju sahaja) - Harga: RM75

3. Baju Kebaya | Kurung Moden | Peplum:

(Lining penuh baju + kain) - Harga: RM130

(Lining baju sahaja) - Harga: RM95


Baju Kebaya
















Kebaya ialah antara salah satu pakaian tradisional masyarakat Melayu di Malaysia. Fesyen kebaya merupakan sesuatu yang abadi dan tak luput ditelan zaman .Baju kebaya kini menjadi pilihan ramai untuk majlis bersanding dan majlis bertandang. Kebaya juga amat sesuai dipakai semasa majlis

rasmi dan keraian. Kebaya ada pelbagai gaya serta design dan ditelah diubah suai mengikut peredaran masa. Kini kebaya traditional telah di modenkan agar penampilan si pemakai bertambah cantik dan elegant. Kebaya moden juga semakin popular dan menjadi pilihan ramai wanita Malaysia.



Terdapat pelbagai jenis kebaya antaranya kebaya traditional, kebaya nyonya, kebaya Kota Bahru, kebaya singkat, kebaya labuh dan kebaya moden leher V. Kebaya boleh dipakai sedondon atau boleh juga dipakai dengan kain batik, kain songket, kain belah atau kain selisih. Contohnya di Selangor, kebayanya tidak berkolar.

Manakala Di Perak pula, lengan kebayanya sangat lebar berbanding dengan kebaya di negeri-negeri yang lain. Di Pahang, baju kebayanya dikenali sebagai baju Riau Pahang. Baju Riau Pahang ini mempunyai leher berkolar dan berkancing seperti baju kurung cekak musang tetapi bahagian hadapannya berbelah seperti baju kebaya yang lain. Baju ini turut dipasangkan kerongsang di bawah kancingnya yang berbutang itu.






Baju Kurung Kedah


























Baju kurung Kedah selalunya diperbuat daripada kain kapas yang berbunga kecil ataupun kain nipis yang jarang dan sedikit keras. Baju ini agak longgar dan singkat dari baju kurung biasa, namun masih manis digayakan. Untuk memberi kelainan terhadap baju kurung kedah, di bahagian leher telah mengalami sedikit perubahan dan diberi nafas baru kepelbagaian gaya leher. Bahagian leher tidak lagi seperti baju kurung teluk belanga, baju ini boleh di jahit leher cekak musang, leher potongan mandarin, leher bentuk sampan ataupun leher bentuk V.




Biasanya baju kurung kedah ini dipadankan dengan kain batik sarung tetapi dengan arus kemodenan kini baju kurung kedah dipadankan dengan beberapa jenis potongan kain iaitu kain selisih depan, kain selisih belakang, kain selisih belah ataupun kain kipas belakang. Pemilihan kain pula terpulang pada selera si pemakai dan untuk mencantikkan lagi boleh di jahit dengan sulam kerawang ataupun sulaman manik yang semakin popular sekarang.



Pola Baju Kurung Kedah








Lengan Belon Semakin Di Gilai Ramai



Belon Panas ni cuma gambaran jer...


Photobucket



Photobucket



Photobucket


Tahukah anda baju berlengan belon semakin di gilai dan diminati ramai serta menjadi ikutan. Lengan belon sesuai dengan sebarang design baju samada baju fesyen, baju kurung moden mahupun baju kurung. Lengan belon ala-ala CT memang menjadi trend terkini dan semakin popular sekarang ini, apabila artis tersohor Dato' CT sering memperagakannya. Tak kira jenis fesyen, lengan belon atau lebih dikenali lengan gelembung Dato' CT menjadi perhatian bilamana gabungan lengan belon bersama baju kurung pahang, baju kurung riau dan pesak gantung menjadikan penampilan sesorang itu kelihatan berbeza. Lebih menarik lagi jikalau dipadankan dengan kain potongan duyung.

Kain yang sesuai untuk membuat lengan belon ini pula, pastinya material jenis lembut serta nipis seperti kain jenis chiffon, georgette, organza atau pun kain jenis crepe kerana ia berombak dan beralun bila memakainya. Tambahan ia dipandang lebih cantik dan kainnya 'jatuh terletak'. Yang menariknya, bahagian lengan baju tersebut, dari siku hingga ke pergelangan tangan, seakan 'dibesarkan' seperti belon dan ada juga jenis 'belon berlipat' atau pleated. Biasanya lengan belon terdiri daripada beberapa patern antaranya lengan belon bercekak biasa(cuff), lengan belon bergetah(grip) dan lengan belon bercuff bersama butang bungkus.





Panduan Bergaya Ke Majlis Perkahwinan


1. Elakkan memilih pakaian berwarna putih bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan tetamu lagipun warna putih sinonim untuk raja sehari.

2. Elakkan mengenakan persalinan yang seksi dan terlalu menonjol rekaannya.

3. Sesuaikan rekaan dengan lokasi majlis, misalnya kebaya dan kurung moden untuk majlis di dewan atau rumah manakala gaun moden sesuai untuk persandingan di dewan.

4. Lihat tema sebelum menghadiri majlis perkahwinan supaya anda tidak menjadi perhatian tetamu lain jika silap memilih pakaian

5. Elakkan mengenakan terlalu banyak barang kemas bimbang jadi perhatian peragut.






Tip Bergaya Untuk Tubuh Gempal




Jika anda tergolong dalam kategori pemilik tubuh gempal dan rendah ataupun bersaiz XL, elakkan mengenakan baju dengan potongan melintang (jahitan dan warna) yang terlalu banyak kerana ia boleh menampakkan tubuh tambah rendah. Anda perlu hindari pemilihan tona cerah seperti merah jambu, kuning air atau krim. Prinsip dan mainan warna patut diteliti kerana warna terang tentunya akan menampakkan badan anda kelihatan lebih besar daripada saiz sebenar.

Bagaimanapun, untuk majlis akad nikah, warna putih dibolehkan tapi pastikan ia putih gading. Lebih manis jika baju dibuat potongan kurung moden ataupun mini kurung
separas atas paha untuk majlis persandingan dan dipadankan bersama kain potongan duyung menggunakan fabrik sifon. Pemakaian gaun putih gading dan penggunaan aksesori vale atau layah labuh hingga bawah punggung menjadikan pengantin gempal nampak tinggi. Apakata kita lihat TIPS UNTUK BAKAL PENGANTIN XXL.

Bagi mereka yang memiliki pinggul yang lebar dan buntu mahu memakai baju tradisional yang boleh menutup pinggul anda yang lebar, selain baju kurung atau baju kebaya, apakata anda baca tips dan fesyen lain untuk baju anda.

Design pertama:
Baju ala-ala kurung moden, tetapi ianya agak longgar dan selesa di pakai. Disamping itu anda boleh menyembunyikan juga pinggul anda yang lebar tu. Buatkan sedikit 'cutting' di bahagian pinggang. Terpulang pada pemakai. sama ada nak tambahkan lisu(dart) atau biarkan potongan lurus. Biasanya baju sebegini dipadankan dengan kain lipat batik atau kain belah. kain kipas belakang adalah kurang sesuai. Ini kerana baju tu agak labuh dan mencecah lutut. Jikalau anda ingin menggunakan fabrik yang kosong, tambahkan aksesori seperti sulaman atau manik di bahagian leher, lengan dan sebagainya. Potongan leher V juga dapat membentuk leher anda kelihatan lebih jinjang. Elakkan potongan leher yang berkolar.


Design kedua:
Ramai di antara kita yang terlupa dengan baju kurung kedah. Tahukah bahawa baju kurung kedah dapat memperlihatkan tubuh badan kelihatan lebih tinggi dan kurus. bukanlah bermaksud kita buat baju kurung kedah yang opah-opah selalu pakai tu. Anda 'renovate' sedikit... biasanya baju ini tidak ada lisu(dart) tetapi boleh dipotong berpinggang tanpa ada lisu di bahagian belakang. Baju kurung kedah biasanya di gandingkan dengan kain kipas belakang atau lipat batik terpulang kepada sipemakai. Labuh tangan pula adalah 3 suku. Tetapi juga boleh diubah menjadi labuh separas pergelangan tangan. Terpulang pada citarasa masing-masing.

Design ketiga:
Baju ala-ala mini jubah. Jubah yang biasa dipakai dengan seluar. Labuh baju jangan terlampau labuh sama seperti labuh baju kurung. Ini akan menampakkan anda kelihatan lagi rendah. Manakala potongan leher bentuk sampan juga dapat menjinjangkan leher anda. Cukup sekadar belahan di hadapan atau di sisi sahaja. Elakkan dari belahan baju di kedua-dua bahagian. Ini akan menampakkan anda kelihatan lagi lebar terutama di bahagian pinggul.

Bahagian yang sangat perlu dititik beratkan:
1. potongan lengan yang kembang tu akan menampakkan kelebaran badan anda menjadi lagilah lebar.
2. baju kaftan juga tidak berapa sesuai dengan pemakai yang gempal. Ia akan menampakkan anda semakin rendang :).
3. pilih pakaian yang berlengan untuk menutup rupa anda yang lebar terutama di bahagian sisi badan

Selamat mencuba...







Tahukah Anda Mengapa Upah Baju Mahal?

Adakah anda tahu kenapa, baju yang dibeli atau dipakai itu mahal harganya? Saya bagi info² tentangnya. Kemungkinan ada sesetengah daripada info ini ada yang anda memang dah tahu...

Jenama

Kak Fiza merupakan tukang jahit untuk Butik Permata. Butik Permata menjual sepasang baju kurung dengan harga RM150.00, tetapi masih ada yang beli, kalau letak harga lagi mahal pun sure orang beli jugak. Sebabnya Butik Permata memang sudah dikenali ramai. Salah satu sebab jenama itu sudah terkenal dan ada nama. Tapi jikalau Kak Fiza sendiri yang menjual pada jiran tetangga, dia hanya mampu menjual dengan harga RM30.00 saja sepasang, murah sangat tu. Sedangkan yang menjahit baju tersebut masih lagi dari hasil kerjatangan Kak Fiza (ini contoh tau).

Secara logiknya sebab Butik Permata kena bayar sewa BULANAN yang mencecah puluhan ribu ringgit. Jadi untuk menampung kos perbelanjaan terpaksalah letak harga tinggi.

Mutu Fabrik

Anda tengok semua fabrik itu macam sama saja kualitinya kan, tapi harganya lain² tak sama, tak percaya pergi survey dekat Nagoya, Kamdar atau Jakel.

Jahitan Tangan

Jangan nak komplen² kalau nak hantar baju jahit manik ke, jahit tulang belut ke, kalau dicas harga yang mahal. Jahitan tangan memang dicas mahal sedikit. Iyalah cuba pikir sejenak, dah lah satu² biji manik tu tukang jahit nak ngadap, lepas tu lama pulak tu proses menyudahkannya. Kekadang² tukang jahit tu kene fikir banyak kali nak terima ke tak, nak² pulak bila ada pelanggan yang tak paham bahasa. Jadi disebabkan jahitan tangan memerlukan tempoh yang lama dan teliti untuk disiapkan sebab itulah upah agak mahal sedikit.

Nak Baju Express

Tukang jahit ada banyak lagi baju hendak dijahit, nak² pulak kalau pelanggan yang tempah baju tu nak dalam masa 2/3 hari. Sudahlah banyak baju yang sampai awal perlu dijahit dahulu. Sebagai pelanggan anda sememangnya akan dicas 2 kali ganda. Standardlah kan... sebab anda dah potong Q orang lain.

Lining

Memang baju berlining ini akan dicas mahal. Lagi² baju yang ditempah pelanggan itu perlu full lining. Serupa juga macam menjahit dua pasang baju sekaligus. Tentulah kena cas double, tentu ramai yang sedia maklumkan. Tapi dimata kasar memanglah cuma nampak baju tersebut sepasang saja.


Baju Lelaki
Pakaian lelaki memang lagi mahal dari pakaian wanita. Ini kerana pakaian lelaki lebih rumit dan perlu kesabaran untuk menjahit. Tidak hairanlah kalau baju² seperti coat, blazer atau kemeja itu sehelai pun dah semakin tinggi harganya.

Jenis Fabrik

Bagi mereka yang biasa menempah baju walaupun stail atau jenis baju yang sama tetapi jenis fabrik yang digunakan tersebut agak rumit. Lagi pulak kalau jenis kain benang hitam, berlabuci, berbatu dan sebagainya. Fuhhh!!! ini kerana ia merumitkan proses menjahit pasal tu lah, biasanya tukang jahit akan cas lebih mengikut kesusahan dia melayan kerenah kain² anda semua.


Tempahan Baju Wanita

Sekarang anda tidak perlu risau lagi kat mana nak jahit baju kurung dan sebagainya kerana saya bersedia memberi perkhidmatan itu untuk anda. Dengan ini, saya telah membuka tempahan untuk anda semua.

Pada yang berminat menempah tetapi tinggal jauh dari lokasi dan tinggal di luar kawasan yang di nyatakan diatas, saya menerima tempahan secara pos iaitu menggunakan Poslaju ataupun anda yang tinggal di kawasan lembah klang, boleh datang terus ke rumah. Saya menawarkan perkhidmatan tempahan pelbagai jenis fesyen pakaian traditional dan moden, termasuk baju kanak² perempuan.

Selain daripada menghantar baju contoh atau mengikut ukuran standard anda juga boleh mengukur baju contoh anda sendiri dan berikan ukurannya kepada saya. Ukuran adalah dalam unit inci ataupun cm (inci lagi bagus). Baju contoh yang dimaksudkan itu adalah baju yang anda rasa selesa memakainya. Ukuran yang diperlukan adalah:
  • labuh baju
  • labuh lengan
  • lebar baju
  • bahu
  • pesak atas
  • pesak bawah
  • ketiak
  • punggung
  • labuh kain

Contoh panduan untuk baju kurung:

- Lebar Bahu
Diukur dari hujung bahu kiri ke hujung bahu kanan

- Lebar Dada
Diukur mulai dari dari bawah ketiak kanan baju ke bawah ketiak kiri baju.

- Panjang Baju
Diukur dari atas bahu baju ke bawah baju.

- Lebar Pinggang
Diukur dari hujung kiri bahagian pinggang kain ke bahagian kiri pinggang.

- Panjang Tangan
Diukur dari jahitan dibahu hingga ke hujung pergelangan tangan baju.

- Lebar Punggung
Mengukur bahagian punggung baju dari kiri ke kanan.

- Ketiak
Ukur luas ketiak baju.

- Pesak
Ukur luas pesak atas dan pesak bawah.

- Kekek
Manakala ukuran kekek baju dewasa adalah standard 3X3 inci.

- Labuh Kain
Diukur dari bahagian atas pinggang hingga ke bawah kain.

Mudahkan… Semoga Bermanfaat. Kalau masih tak faham sila tengok gambarajah di bawah ini.



Cara Mengukur Baju Kurung
























 

Cara Mengukur Kain






















Anda boleh mengepos kepada saya baju contoh sebagai UKURAN iaitu baju yang selesa dipakai ataupun mengunakan ukuran standard SS, S, M, L, XL atau pun anda juga boleh memberikan kami ukuran yang anda ukur sendiri.


Perhatian:Saiz standard adalah berbeza dari satu tukang jahit dengan tukang jahit yang lain. Saiz adalah mengikut baju contoh atau mengikut saiz standard seperti di bawah:
Panduan Ukuran Saiz Baju


S : Bahu = 14"
Labuh Baju = 38"
Labuh Tgn = 19"
Pinggang = 24"
Labuh Kain = 38"

M : Bahu = 15"
Labuh Baju = 39"
Labuh Tgn = 20"
Pinggang = 26"
Labuh Kain = 39"

L : Bahu = 16"
Labuh Baju = 40"
Labuh Tgn = 21"
Pinggang = 28"
Labuh Kain = 40"

XL : Bahu = 17"
Labuh Baju = 40"
Labuh Tgn = 21"
Pinggang = 30"
Labuh Kain = 40"

Tempahan baju siap selewat-lewatnya 4 minggu (bergantung kepada keadaan dan mengikut kelapangan serta tempahan yang ada) iaitu dari tarikh penghantaran kain.

Untuk pertanyaan dan tempahan:
sms: 012-6423587
emel: jahitanfiza@gmail.com

Alamat Rumah:
JAHITAN FIZA,
Lot 4685, 
Batu 71/2 Meru, 
42200 Klang Selangor.
 





Cara Dan Langkah-Langkah Membuat Tempahan Baju Online

Hanya Untuk Pelanggan Yang Menempah Baju Menggunakan Pos Laju Sahaja.

Langkah 1:
Lakukan deposit bayaran
CONTOH:
1. (RM20) untuk sepasang baju
2. (rm40) untuk 3 pasang baju
Langkah2:
POS kain anda serta contoh baju sebagai ukuran ke alamat rumah saya. (Kain sepanjang 4 meter cukup untuk membuat baju kurung wanita dewasa saiz sederhana. Bagi bersaiz xl @ xxl sila beritahu saya). Bagi tempahan melebihi sepasang, sila pastikan dan nyatakan / label kain serta contoh baju yang dipilih. Sekiranya maklumat kurang lengkap, saya akan menelefon anda untuk kepastian.
Hantar kain ke alamat:
JAHITAN FIZA,
LOT 4685 BATU 71/2,
MERU 42200 KLANG, 
SELANGOR.

Maybank2u Logo Pictures, Images and Photos

NOORFILZAH BINTI ZAINON
NO ACC: 112399128352
Selepas menerima bukti pembayaran dan kain anda, pesanan anda akan diproses dalam masa seawal 2 minggu dan selewat-lewatnya 4 minggu (bergantung kepada jenis jahitan yang dipilih serta kuantiti tempahan).
Langkah 3:
Langkah terakhir adalah tunggu penghantaran baju anda (akan saya maklumkan pada anda sekiranya baju telah siap dijahit). Anda hanya perlu membuat baki bayaran kepada saya dan selepas menerima bukti pembayaran, saya akan pos baju yang telah siap serta contoh baju sebagai ukuran ke alamat yang anda berikan. Kain perca akan saya pulangkan kembali kepada anda atas permintaan.
PERHATIAN:
Sila guna POS LAJU sebab kebanyakkan perkhidmatan pos lain tidak cekap. Kadang²
ada baju yang sampai lambat dalam seminggu lebih. Kebiasaannya sehelai baju, bayaran pos adalah lebih kurang RM5.00.
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:
sms/call: 012-6423587
emel: jahitanfiza@ gmail.com
Penghantaran Tempahan:

poslaju Pictures, Images and Photos

1) Kami menggunakan perkhidmatan pos laju.

2) Kos pengeposan adalah berdasarkan berat dan jarak tempat. Kos ini akan ditanggung oleh penempah.

3) Kos pos laju:

1 pc: RM6 (Semenanjung) / RM9 (Sabah & Sarawak)
2 pcs: RM8 (Semenanjung) / RM12 (Sabah & Sarawak)
3 pcs: RM10 (Semenanjung) / RM17 (Sabah & Sarawak)
4 pcs: RM13 (Semenanjung) / RM22 (Sabah & Sarawak)

  • Kami akan membuat penghantaran baju yang telah siap dijahit sehari selepas baki bayaran selesai di jelaskan. (Isnin-Jumaat kecuali cuti umum).
  • Penghantaran oleh Poslaju akan mengambil masa 1-2 hari.
  • Anda boleh menyemak penghantaran dilaman web Pos Malaysia. Nombor rujukan akan diberi melalui emel atau SMS.

Sila ikuti setiap langkah yang diberikan mengikut turutan.TERIMA KASIH.






Pelbagai Tips Jahitan

Tips jahit zip sembunyi supaya tak berkedut
Kalau nak jahit zip sembunyi, kadang
² kain tu kedut sikit, kalau taknak kedut, lapik kertas agak² panjang 1 kaki, lebar lebih kurang 1 inci atau 2 inci letakan dibawah kain yang nak jahit, nanti tak kedut lagi.



Tips kolar baju melayu supaya cantik.
Untuk mendapat kolar baju melayu yang cantik dan kemas, terlebih dahulu kepingan kain yang digam kain keras hendak dipotong memanjang, iaitu ikut era kain, kepingan kain yang lagi satu dipotong melintang atau serong, kemudian masa mencantum kedua
² nya, hendaklah tarik sikit yang melintang, supaya tidak berkedut atau melembung apabila kolar dilekong nanti.




Tips baju fesyen @ kurung moden tak menggelembung

Kadang
² semasa kita jahit baju fesyen ataupun kurung moden yang agak ketat dan bercutting selalunyanya baju yang di pakai akan kelihatan mengelembung @ kembong di bahagian belakang. Sepatutnya, semasa kita nak menggunting kita perlu letak dasar ke atas kain pastu dekat bahagian pinggang lipat sikit kertas dasar tu lebih kurang 1/8 inci, maksudnya dekat pinggang di sebelah bahagian yang kita lipat kain tu. Basi kain tidak perlu di kurangkan semasa memotong kain.




Tips untuk mendapat tension benang yang betul

Untuk mendapatkan tahap ketegangan benang yang betul dan sempurna semasa menjahit pastikan kita mencubanya pada perca kain yang sama dengan fabik asal yang hendak di jahit terlebih dahulu. Gunakan warna benang yang berbeza atas dan bawahnya. Pastikan benang atas dan bawah sekata dan fabrik tidak berkedut semasa mejahit.




Tips Dan Idea Jahitan


Tips Supaya Baju Kurung Tak Jongkit
Tentu anda perasan ada sesetengah baju kurung yang anda beli terjongkit depannya. Akak nak kongsi macamana nak menjahit baju kurung yang kita pakai tu nampak cantik tak terjongkit ke belakang. Maksudnya semasa kita memotong bahagian untuk tengkuk belakang curve (melengkung) lebihkan 1 inci @1 ½ inci, kalau tak depan baju kurung yang kita pakai nanti akan terjongkit dan nampak tak cantik. Sebab orang pompuan ni ada aset depan tu, lagi2 kalau yang empunya badan bercup saiz C atau D, masaalah tu.... jadi sebab tu belakang badan baju tu kene ade curve skit. Bila pakai terletak cantik jer, takde ler terjongkit bahagian depan baju tu. Satu lagi bila nak buat belah untuk depan leher tu, ukurannye tak kurang dan tak lebih +- 4½ inci, jangan terlebih panjang masa membelahnya pulak yer!

Tapi kalau nak senang sesetengah tukang jahit potong bahagian bahu pastu cantum masa menjahit sebab bila nak tebuk bahagian leher menjadi lebih mudah. Jangan lupa, bahagian untuk tengkuk belakang curve tu, lebihkan 1 inci @1½ inci. Lagi satu (peringatan penting), semasa kita memotong kain bahagian bawah baju kita kena tambahkan ¾ inci. Sementara tu, semasa nak jahit bahagian leher, rangka leher (pelapik leher) kena ditepekkan kat atas baju yang dah kita tebuk tadi. Di jahitkan pastu di terbalikkan, kene jelujur dulu rangka leher tu, supaya tak lari. Bila nak buat kemasan di leher baju akan nampak kemas dan cantik jer. barulah boleh di jahit tulang belut ker, mata lalat ker, karipap ker ataupun nak dijahit dengan sulaman manik. Bergantung pada cita rasa masing-masing :). Nanti kalau ada tips yang lain akak akan update. Semoga tips atau teknik ini bermanfaat buat anda semua.




Tips Baju Kurung Selesa Dipakai
Satu lagi tips untuk mendapat jahitan baju kurung yang sedap dan selesa di pakai biasanya akak akan turunkan bahagian bahu 1 inci atau 1¼ / 1½ inci. Bila dah dipasang span bahu (Shoulder pads) baju yang kita pakai nanti akan terletak elok jer dan tidak akan berkeremot dekat bahagian ketiak. Tujuan dipasang span bahu supaya si pemakai nampak anggun dan bahu tidak kelihatan jatuh,

Contoh:


















Pesak Betawi @ Baju Kurung Pahang Semakin Diminati



Baju Kurung pesak Betawi yang diberi sentuhan moden pada hujung tangan.


Pesak Betawi yang lebih dikenali dengan nama Baju Kurung Pahang semakin di gemari oleh kaum wanita kini. Baju ini selesa dipakai kerana sipemakai kelihatan nampak lebih anggun dan cantik dipandang. Baju kurung pesak Betawi atau ada yang menyebutnya sebagai kurung Pahang / Riau dijangka menjadi trend pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Semakin ramai yang menyukai fesyen kurung pesak Betawi atau kurung Pahang ini kerana ia berbeza dengan kurung Johor.

Kehangatan gaya kurung pesak Betawi walaupun masih belum dapat menandingi kurung tradisional atau kurung Johor, namun mendapat tempat di hati generasi muda. Kurung pesak Betawi berpotongan dan tidak lurus seperti kurung tradisional. Diramalkan baju jenis ini akan semakin popular bila Hari Raya Aidil Fitri menjelang tiba nanti.




Memilih Gunting Kain


Bagi anda yang baru berkecimpung dalam dunia jahit menjahit, memilih gunting kain yang bagus sangatlah penting dan ianya merupakan satu kewajiban.Untuk membeli gunting kain, ikutilah beberapa tips berikut ini :






1. Belilah gunting yang bagus (mahal). Gunting yang bagus tahan lebih lama, daripada membeli gunting yang murah tetapi kena ganti selalu.
2. Belilah gunting di kedai benang/alatan menjahit, jangan beli gunting kain di kedai buku atau tempat foto copy. Tanyakan kepada penjual, gunting kain yang bagus dan menjadi pilihan tukang jahit, mereka pasti lebih tahu dan berpengalaman .
3. Minta pendapat dari penjahit lain tentang gunting kain yang bagus dan dimana kita boleh membuat pilihan seterus membelinya.
4. Jangan lupa untuk menguji gunting sebelum dibeli. Cubalah memotong kain yang tipis dan licin, kalau tidak ada kain sutera, anda boleh mencuba pada kain satin. Perhatikan hasil guntingan, apakah kain lari dan apakah gunting tersebut selesa dipegang, tidak licin atau berat bagi tangan anda.
5. Jagalah gunting anda… Jangan pernah sekalipun menggunakan gunting kain untuk menggunting benda-benda lain, walaupun sehelai kertas !! Apalagi untuk menggunting bungkus perencah mee segera! Gunting akan menjadi cepat tumpul. Jauhi gunting dari jangkauan anak-anak anda (ini yang paling penting ).
Selamat menggunting kain...





PETUA MENAJAMKAN GUNTING

Gunting yang tajam amat memudahkan kerja-kerja anda, tak kiralah gunting kain, gunting kertas atau gunting dapur. Untuk masaalah gunting tumpul, cuba gunting helaian daun sirih satu persatu. Anda juga boleh mengasah gunting dengan menggunting botol menggunakan gunting tersebut. Lakukan 'guntingan' sebanyak yang mungkin. Anda akan dapati gunting yang tumpul itu akan tajam semula. Lagi satu petua nak tajamkan mata gunting adalah dengan mengasah mata gunting anda pada cermin tingkap. Cubalah, tak rugi mencuba petua orang lama....





MENJAGA MESIN JAHIT

Sebagai seorang penjahit atau orang yang minatnya menjahit, menjaga mesin jahit adalah satu kemestian. Mesin jahit juga harus dibaiki, kalau perlu dilakukan cleaning setiap kali selepas menggunakannya. Berikut ini adalah sedikit tips dalam menjaga mesin jahit anda agar tidak cepat rosak:

1. Setelah selesai menjahit, segera bersihkan mesin jahit dari sisa-sisa benang atau potongan kain. Bolehlah menggunakan berus kecil untuk mengeluarkan sisa kain dan habuk kecil.

2. Mesin jahit terdiri dari bahagian-bahagian yang sering bergerak dan saling bergeser, untuk mencegah haus, belilah minyak khusus untuk mesin jahit. Jangan gunakan sebarang minyak seperti minyak sayur sebab ia boleh menyebabkan karat dan kerosakkan terutama untuk mesin jahit multifungsi.

3. Apabila merasai mesin agak berat, itu maknanya sudah tiba masanya untuk diservis. Pergi ke kedai service mesin jahit - cadangan, SINGER ada menyediakan service mesin jahit.

4. Jangan lupa matikan suis elektrik apabila selesai menggunakan mesin jahit.

5. Anda di galakkan memakai selipar semasa menggunakan mesin jahit elektrik untuk mengelakkan cas-cas elektrik mengalir ke dalam saraf dan seterusnya boleh menyebabkan kaki kita menjadi bengkak.





LANGKAH-LANGKAH SELEPAS MENJAHIT

1. Selain tahu menjahit seeloknya anda tahu serba sedikit tentang mesin jahit secara teknikal untuk memudahkan anda mengendalikan mesin.

2. Bagi anda yang baru belajar menjahit seeloknya belilah mesin yang baru kerana mesin yang baru mempunyai ‘manual book’ di mana anda boleh rujuk jika ada sebarang masalah teknikal.

3. Jangan biar kanak-kanak ‘menyentuh’ mesin anda.

4. Tutup mesin jahit selepas anda menggunakannya supaya tidak berhabuk.

5. Simpan alatan jahitan dengan baik terutama jarum dan gunting. Bagi anda yang mempunyai anak kecil tetapkan bilangan jarum yang anda gunakan dan pastikan bilangannya sama sewaktu memulakan kerja dan selepas kerja jahitan.

6. Apabila anda telah menjahit secara tetap walaupun sekadar pakaian sendiri, belilah peralatan jahitan dalam kuantiti yang agak banyak dari kedai yang menjual harga borong jadi anda akan mendapati bahawa menjahit sendiri pakaian adalah sangat menjimatkan.






Idea Dan Tutorial ~ Jahit Baju Kurung Sendiri


Menjahit adalah kerjatangan yang kreatif.
Belajar menjahit adalah satu proses berperingkat bermula dengan mempelajari bagaimana mengambil ukuran yang betul. Seperti yang kita tahu bahawa setiap individu mempunyai bentuk tubuh yang tersendiri. Tanpa ukuran yang tepat sudah pasti hasil jahitan tidak menampakkan ciri-ciri persesuaian terhadap badan kita.
Bagi mereka yang baru hendak belajar cara menjahit atau ikut Kursus Menjahit perlu mengetahui cara menderaf pola mengikut ukuran yang tepat.

Penyediaan pola memudahkan anda untuk memotong fabrik. Selain dari itu perlu juga memahami ciri-ciri sesuatu fabrik untuk mendapatkan efek yang kreatif. Kepadanan pakaian bergantung kepada pemotongan bahagian-bahagiannya. Bahagian yang tidak seimbang akan menarik perhatian dan sudah tentu tidak selesa memakainya.

Walaubagaimanapun cara menjahit baju kurung atau baju melayu tidak memerlukan pola tetapi sekadar lipat dan potong sahaja. Ini kerana potongan bahagiannya adalah lurus kecuali pada bahagian leher. Yang penting adalah cara jahitan atau teknik menjahit mesti difahami terlebih dahulu.

Jika kita mengikuti prosedur-prosedur cara menjahit yang sistematik dan betul dalam pembuatan pakaian, hasilnya kelihatan cantik apabila ia padan dengan pemakainya. Penambah seri kepada baju seperti jahitan manik dan sulaman menjadi aset dalam industri pakaian kini. Untuk itu cara menjahit manik atau sulaman yang innovatif menjadi sumber bagi mereka yang meminatinya.

Nak belajar buat baju kurung sendiri? Mudah-mudahan berguna bagi anda yang baru belajar menjahit mahupun yang sedang mengikuti Kursus Jahitan. klik link dibawah ini:




Baju Kurung Cantik Menawan



Indah sungguh si Baju Kurung,
Molek dipakai teruna dara,
Khazanah ternilai tiada terhitung,
Warisan Melayu sepanjang masa.

Secara umumnya kita ketahui Baju Kurung juga lebih dikenali sebagai Baju Kurung Teluk Belanga atau Baju Kurung Johor. Apabila disebut Baju Kurung Teluk Belanga tergambarlah kepada kita pakaian yang labuh besar dan menyelubungi seluruh badan dan potongannya longgar kerana dirusuknya berpesak dan di bawah lengannya pula diletakkan kekek. Potongan lehernya bulat dan berbelah di depan. Pada sekeliling tebukan lubang leher itu, jahitan tulang belut digunakan bagi mengemas dan memperkukuhkan lagi leher baju tersebut.

Namun begitu baju ini sentiasa menjadi pilihan wanita Melayu samada sebagai pakaian apabila ke majlis rasmi ataupun sebagai pakaian harian kepejabat sahaja. Baju ini juga biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara dan amat sesuai dipakai pada Hari Raya. Pakaian ini menampilkan ciri-ciri keayuan dan kesopanan kepada pemakainya selain menambahkan kelembutan kepada gerak geri seorang gadis yang berpadanan pula dengan personaliti Melayu sejati.







Pola Baju Kurung Pesak Gantung Dan Baju Kurung Traditional


BAJU KURUNG PAHANG

Baju kurung pahang adalah seperti baju kurung biasa TETAPI tanpa kekek dan mempunyai cutting dibahagian pinggang .

Perbezaan antara Baju Kurung Pahang dan Baju Kurung Pesak (traditional)

1) Kurung Pahang ~ Tidak mempunyai kekek.

- Kurung tradisional ~ Mempunyai kekek.


2) Kurung Pahang ~ Potongan Bahagian badan mempunyai "cutting".
- Kurung tradisional~ Potongan bahagian badan pula lurus hingga kebawah.

3) Kurung Pahang ~ Bahagian ditangan kembang dihujung.
- Kurung tradisional ~ Bahagian ditangan dari atas kehujung lurus sahaja.
Untuk baju kurung pahang ini, biasanya kain adalah lipat hadapan atau disebut selisih depan dan tanpa terbelah.Sementara baju kurung tradisional kainnya susun kipas samaada sebelah kiri ataupun kanan iaitu mengikut keselesaan masing-masing.




BAJU KURUNG RIAU


Baju kurung riau adalah seperti baju kurung pahang TETAPI tanpa kekek dan mempunyai pesak yg terbahagi kepada 2 bahagian seperti baju kurung pesak gantung dan mempunyai cutting dibahagian pinggang. Pesak untuk baju kurung riau ini adalah kembang dibahagian bawah. Baju ini amat sesuai untuk orang yg bertubuh kurus mahupun gempal. Disamping menampakkan sedikit potongan badan ianya dapat menyembunyikan bahagian punggung sipemakai.


Perbezaan antara Baju Kurung Pahang dan Baju Kurung Riau

1) Kurung Pahang - Hanya mempunyai satu pesak dari bawah ketiak terus kebawah. Pesaknya hanya sedikit mengikut potongan dibahagian pinggang sahaja.

2) Kurung riau - Mempunyai 2 pesak satu dibahagian bawah ketiak dan satu lagi yang kembang dibahagian bawah, dan ianya kelihatan seperti tergantung antara satu sama lain, dan ada juga yg memanggil kurung pesak gantung. Mengikut potongan dibahagian dada dan pinggang dan kembang sedikit dibahagian punggung.

Untuk baju kurung riau ini, kainnya adalah dua pilihan iaitu lipat hadapan atau disebut selisih depan dan ada yang susun kipas dibelakang.



Photobucket Photobucket
WIRID UTK MENDAPAT KEKAYAAN Subhanallah 33x alhamdulillah 33x allahuakbar 33x la ila ha illallah 1x baca selepas solat lima waktu,insyaallah berjaya.
Petua Murah Rezeki "Ya Allah cukupkanlah aku dengan perkara yg halal daripada yg haram dan kayakanlah aku dengan anugerahMu drpd meminta2 kpd selainMu" * Istighfar * Solat sunat taubat * Zikir Ya Wahhab 300x (60 x 5 slps solat) * Surah al-Waqi'ah setiap mlm * Solat sunat Dhuha * Selawat 3x setiap kali melalui pintu (rumah, kenderaan, ofis) * Semasa dlm perjalanan baca Subhannallah & Lailahailla anta 41x then psg niat bahawa aku akn dpt rezeki pd hari ni * Bismillah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...